Berita  

PEMINDAHAN TAHANAN KE NEGARA ASAL DEPOT IMIGRESEN KEMAYAN, PAHANG

BERA, 23 Mac 2024 – Seramai 70 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 2 orang kanak-kanak warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang pada hari ini.

Kesemua PATI terdiri daripada 36 orang lelaki dan 34 orang perempuan dihantar pulang menggunakan perkhidmatan feri INDOMAL FAST FERRY dari Kompleks ICQS, Melaka ke Pelabuhan Dumai, Indonesia.

Kesemua PATI adalah tahanan dari Depot Imigresen Kemayan, Bera yang telah selesai menjalani hukuman setelah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Program pemindahan PATI yang dikendalikan oleh Depot Imigresen Kemayan ini merupakan sebahagian dari aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh JIM Negeri Pahang. (**)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *